Friday, November 11, 2011

Kamu, pilot dihatiku- part 7

“kenapa kamu lempang Zahra tu man?”. Datin Maria asyik membebel sejak mendapat tahu mengenai pergaduhan anak menantunya itu.

“dia yang tuduh Man macam-macam”. Herman masih lagi cuba memback up dirinya.

“dah tau dia tengah bersedih, kamu patutnya pujuk dia. Bukannya menambahkan lagi sengsara dihatinya”. Datin Maria benar-benar kecewa dengan tindakan anak lelakinya itu.

“Ibu, Man penat masa tu”. Herman asyik menunduk memandang kearah lantai. Apa yang lawa dekat lantai tu entahla.

“kamu fikir penat kamu je. Kecewa budak tu kamu tak fikir?”. Volume Datin Maria makin lama makin kuat. Pening Herman dibuatnya.

“salah ibu juga”. Dengan nada yang amat perlahan, Herman merungut. Tak nak bagi ibunya dengar. Nanti karang tak pasal-pasal kena ‘sembur’ pulak.

“apa dia?! Salah ibu? Kenapa pulak salah ibu? Apa yang ibu dah buat?”. Macam ‘machine gun’ Datin Maria menyembur pun Herman.

“Yelah, dah tau Zahra dah ada pilihan hati yang lain, ibu masih lagi nak satukan kami”.

“mana ada dia bagi tahu ibu yang dia sudah berpunya”. Datin Maria masih lagi mempertahankan dirinya.

“ibu yang tak tanya”. Herman masih lagi menyalahkan ibunya. Masing-masing taknak kalah. Ego.

“Apa yang bising-bisingnya ni? Dari luar boleh dengar”. Soal Datuk Ruslan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Datuk Ruslan baru sahaja pulang dari pejabat. ‘ni yang aku bengang ni, aku balik penat-penat dari pejabat ingatkan boleh rehat dekat rumah tapi rupanya ada putting beling Katrina pulak’. Rungut Datuk Ruslan didalam hatinya. Nak cakap kuat-kuat tak boleh sebab takut nanti, si pengarang jantungnya dengar. Nanti kecik pulak hati Datin Maria.

“ni anak kesayangan awak ni. Ada ke patut dia pergi marah menantu kesayangan saya tu”. Datin Maria menunding jari kearah Herman.

“What have you done,Herman”. Datuk Ruslan memandang kearah Herman sambil dahinya berkerut.

“What? I just kiss her. That’s all”.

Punk! Datin Maria memukul kepala Herman dengan majalah ditangannya.

“Jangan tipu. Baik kau bagi tahu betul-betul”. Datin Maria me’warning’ Herman.

“Yelah. Herman terlempang dia”. Saja dia tekankan perkataan ‘ter’.

“Kamu dah pergi mintak maaf dengan dia ke belum?”. Dengan nada yang tanpa riak, Datuk Ruslan menyoal Herman.

“belum lagi”. Jawapan selamba yang diberikan Herman.

“what are you waiting for? Pergi la cepat minta maaf dekat dia. Hish, itu pun nak kena ajar ke?”.

“memang la nak kena ajar sebab takde dalam silibus buku teks. Hehe”. Selamba je Herman membuat lawak, sedangkan hati Datin Maria sudah sakit melihat telatah suami dan anaknya yang seperti tidak mengambil berat mengenai perasaan orang lain. Tanpa membuang masa, Herman terus mencapai kunci kereta papanya itu. Namun belum pun sempat kakinya melangkah keluar, suara Datin Maria terlebih dahulu menyekat perjalanannya.

“ekh kamu nak pergi mana tu?”. Soal Datin Maria prihatin.

“la nak pergi pujuk menantu kesayangan mama tu la”.

“kenapa pulak ambil kunci kereta papa kamu?”. Soal Datin Maria pelik. Selalunya Herman lebih suka pakai kereta vioz miliknya daripada pakai kereta Mercedes Drabus milik Datuk Ruslan. Katanya ‘kereta tu besar. Susah nak cari parking’.

“minyak takde. Lupa nak isi”. Herman berkata sambil berlalu meninggalkan ibu dan ayahnya. Datuk Ruslan dan Datin Maria hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak bujang kesayangannya itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...