Saturday, August 25, 2012

This Is LAMPU

this picture was taken at my house.. effect satu lampu tapi keluar jadi dua.. mesti korang ingat satu lampu lagi terbakar kan...no lah.. I also dunno macam mana boleh jadi dua bergini... magic by EOS 450D

Ini adalah Keeyyyyy Eeeeeelllllll

This picture was taken when we were on the way to IAB to send my mum for kursus. And of course this picture was taken using my Canon EOS 450D.  This is totally without EDIT!

Wednesday, August 8, 2012

NEW APPEARANCE

Hye Semua dan Selamat berpuasa. Adakah terlalu lambat saya mengucapkannya? Maaflah, tuan punya blog begitu sibuk. Maafkan saya. Disini  saya ingin membuat penambahan di blog saya, selain daripada hasil karya novel saya, saya juga akan mengepost gambar-gambar yang saya rasa 'awesome'. iyew.. gambar yang 'awsome' yang diambil sendiri oleh saya, mahupun diciplak dengan keizinan tuan punya gambar. Dan disini saya ingin mengingatkan kepada peminat novel, bahawa sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi, saya akan mengeluarkan satu cerpen yang bertajuk........ nanti teasernya di post akan datang.

 Till then.. jangan lupa melawat saya di Tenggiling Bergulung

Saturday, December 31, 2011

Maafkan Diriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada peminat setia novel saya.. erlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana sudi membaca novel saya yang tidak seberapa itu. memandangkan tahun 2012 saya akan menghadapi peperiksaan SPM, jadi saya tidak akan menulis novel lagi. tetapi akan ada satu cerpen yang akan muncul sempena hari raya yang akan datang. jadi kepada anda semua, teruskan menyokong saya.. okie??

salam kemaafan dari saya, Tenggiling Bergulung.

Sunday, December 18, 2011

Novel: Yuna Yumi- part 1

Suasana di kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya sesak dengan kehadiran para jemaah haji bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir untuk memberikan dorongan dan semangat kepada para jemaah haji. Yumi juga turut serta ke kompleks Tabung Haji untuk menghantar kedua ibu bapanya yang bakal menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji.
“standing in ihram making my tawaf, making my tawaf, drinking blessings from your well, the Jali to Safa and Marwah, rekindles my imaan. O ALLAH! I am waiting for the call, praying for the day when I can be near Kabah wall”. Gemersik suara Lily Ayumi atau nama panggilannya Yumi menyanyikan lagu artis pujaannya iaitu Irfan Makki yang bertajuk Waiting For The Call khas buat ayahda dan ibundanya yang tercinta yang bakal menunaikan rukan Islam yang kelima.
PIN! PIN!
“opocot kau. Haish. Hantu punya kereta. Ini boleh mendatangkan marah. Nah, ambik kau”. Yumi menekan hon sekuat hati.
PINNN!!!!!!!!
“Ayumi, cubalah bawak bersabar sikit. Kamu tu yang bawak macam siput, ada hati nak salahkan orang”. Rungut Puan Adila dengan kelakuan anak daranya itu.
“Hehe. Sorry ye ma. Tak sengaja. Dah habit”. Yumi hanya tersengih sumbing.
“Yumi, kamu jangan lupa turunkan kami dekat ‘drop zone’ depan tu”. Encik Ahmad menunjukkan kearah ‘drop zone’ tersebut.
“okey. Beres pak”. Yumi terus memberi signal ke kanan untuk masuk ke kawasan ‘drop zone area’.
“Yumi, kamu pergi cari tempat parking dulu. Lepas tu datang sini balik. Kamu tu bukannya boleh percaya sangat”. Okie mama dah start bukak kitab(membebel).
“iyew ma. Jangan risau ye. Saya ada awek garmin bersama. Jadi takkan sesat”.
Kenderaan yang banyak dan jalan yang sesak menyebabkan Yumi susah untuk menemui tempat parking yang kosong.
“Apasal la kau tak ikut sekali Yuna. Tak pasal-pasal menyusahkan aku nak jadi driver”. Yumi mengomel seorang diri. Yumi memang tidak suka bawak kereta terutama pada waktu puncak. Dia lebih suka menggunakan kenderaan awam. Katanya ‘to keep the environment clean for our future generation’.

p/s: ini baru intro.. will update it time to time..

Thursday, November 24, 2011

Kamu, pilot dihatiku- part 8

Sedang Herman sibuk mengeluarkan bunga dan teddy bear yang sebesar anak gajah tersebut tiba-tiba Ainol, abang Zahra menegurnya.

“besar bear bro”. Ujar Ainol sambil menepuk bahu Herman. Herman hanya tersengih. Belum pun sempat kaki Herman melangkah suara Ainol kembali menjengah. “kau nak buat apa dengan teddy bear besar gedabak macam tu. Jangan cakap dengan aku yang kau nak buat jadi peneman tidur kau”. Soal Ainol yang sangatlah ‘blur’ mengenai soal cinta.

“uish, ni bukan untuk aku tapi untuk adik kesayangan kau tu”. Cepat-cepat Herman menyangkal dakwaan Ainol tersebut. Otak Ainol ni bukannya boleh guna sangat. Nanti karang lain orang buat lain yang difikirnya.

“erk, bapak jiwang kau. Naik bulu roma aku. Seram sejuk. Kau ni sihat ke tak hah?”. Tangan Ainol sudah pun melekat di dahi Herman. Nak ‘check’ sama ada Herman demam atau tidak.

“aku sihat la. Rilex la. Jangan la gelabah sangat”.

“uish, entah-entah kau kena sampuk dek hantu awan tak”. Hantu awan? Ada-ada jelah si Ainol ni. Mengarut je lebih.

“hish kau ni. Nak bagi hadiah dekat isteri sendiri pun salah ke?”.

“memang la tak salah tapi weird. Kau ni bukan Herman yang aku kenal. Entah-entah kau ni klon si Herman kot”. Jawab Ainol yang tidak mahu mengalah.

“uish, cakap baik-baik sikit ekh. Aku original bukan spicy”. Ujar Herman untuk menangkis dakwaan Ainol. “yang kau ni apa kes pakai wangi-wangi ni. Macam minyak wangi tumpah pulak”. Soal Herman apabila terbau wangian Polo sport by Ralph Lauren yang memang menjadi pujaan Ainol.

“aku ada date”. Jawab Ainol sambil mengenyitkan matanya. Buat cara gedik.

“date dengan siapa?”. Soal Herman kehairanan.

“dengan bakal bini aku la. Actually, kitaorang nak pergi beli hantaran kahwin”. Ainol sudah berjanji dengan tunangnya untuk keluar membeli barang hantaran di Mid Valley.

“owh”. Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Herman.

“aku kahwin step-by-step. Tak gelojoh macam korang. Tak menyempat”. Sempat lagi Ainol mengenakan Herman.

“ aku dengan adik kau kahwin sebab parents ekh”.

“owh, kiranya kau tak ikhlas la ni?”. Duga Ainol.

“ekh, aku ikhlas la. Kalau tak ikhlas takde maknanya aku nak sebut aku terima nikahnya”. Herman menjawab dengan penuh bangga. Jawapan yang jujur plus ikhlas lagi.

“ekh, okielah. Beborak dengan kau ni, sepuluh tahun akan datang pun belum tentu habis. Nanti karang aku lambat, marah pulak my sweetie pie”. Ainol meminta diri untuk bergerak bertemu dengan aweknya.

“haha. Drive carefully. Takut nanti ada pulak yang tidur dekat hospital”. Sempat lagi Herman member nasihat kepada abang iparnya itu.

“haha. InsyaALLAH. Thanx for the advice”. Balas Ainol sambil tangannya ligat mencari cd Devotees yang bertajuk ‘Berjalan Tanpa Henti’. Setiap kali menaikki kenderaan Ainol pasti akan memutarkan lagu Berjalan Tanpa Henti kerana lagu tersebut memberi bait-bait kata yang indah dan memberikanya inspirasi untuk berjaya.

Kereta Inspira milik Ainol bergerak meninggalkan laman rumah ibu bapanya itu. Manakala Herman pula sudah tidak sabar untuk menemui Zahra. Langkah kakinya dilajukan selaju jantungnya berdegup. Sampai dihadapan pintu bilik Zahra, Herman menarik nafas dahulu. Dengan ketukan yang perlahan, lafaz bismillah dan langkah kaki kanan Herman memasuki bilik Zahra.

“Assalamualaikum”. Tutur Herman apabila melihat Zahra yang sedang baring membaca buku ilmiah yang bertajuk ‘Bencana Akhir Zaman’ karya penulis dari seberang, Fahrur Muis. Buku yang bakal membuatkan anda insaf dalam memikirkan hari kiamat.

“Waalaikumsalam”. Zahra menjawab salam Herman. ‘apa kena dengan mamat ni? Awat pelik semacam ni? Huh, terconfius aku’. Zahra segera bangkit dan duduk di birai katil

“aku ada benda nak bagi dekat kau”. Herman menghulurkan teddy bear yang bersaiz anak gajah tersebut dan jambangan bunga kepada Zahra. Terkesima Zahra dibuatnya. ‘ekh, mamat ni buang tabiat ke apa? Risau aku’. Dengan perlahan-lahan dan teragak-agak Zahra menerima jambangan bunga dan teddy bear tersebut.

“erk, thanks”. Hanya itu sahaja yang dapat diucap oleh Zahra. She is speechless. Herman mengambil tempat disebelah Zahra. Menambahkan lagi degupan dan tanda tanya pada Zahra.

“bagaikan jauh jalan yang kutempuh, langkah demi langkah akan ku gagah, hari demi hari berjalan tanpa henti”. Ainol menyanyi mengikut rentak lagu Berjalan Tanpa Henti. Nasib baik tak hujan. Aimaklumla suara Ainol ni boleh mengalahkan suara katak. Ainol sering menyanyi didalam kereta. Alasannya kerana ‘dalam kereta la aku nak brush up tone suara aku ni dan lagi satu manalah tau masa aku nyanyi lagu Devotees ni, tiba-tiba Halim atau Adi tak pun Muhammad or Syauqi lalu, untung nasib boleh la aku jadi one of the vokalis kumpulan Devotees’. Sedang Ainol sibuk melayan perasaan menyanyi sorang-sorang dalam kereta, tiba-tiba tayar keretanya dirasa lain. Macam kurang angin. Ainol segera menyalakan lampu signal kek kiri untuk berhenti dibahu jalan. Rupa-rupanya tayar kereta Ainol pancit.

“masa aku ada date la kereta ni nak buat hal. Ini mampus Dira marah dekat aku. Kena tadah telinga la dengar dia meleter. Apa aku nak buat ekh? Hurm, baik aku call Herman. Mintak tolong dekat dia”. Ainol segera menelefon Herman. “cepatlah angkat”. Rungut Ainol. Setiap waktu yang berdetik amat berharga buat dirinya. Selang beberapa saat Herman mengangkat telefonnya.

“weh Man tolong jemput aku”. Tanpa salam Ainol terus menerjah.

“ekh. Kau kenapa?”. Soal Herman.

“kereta aku pancit la”. Ish, Herman ni tak payah la banyak soal jemput jelah aku.

“owh. Kau dekat mana?”.

“aku dekat Masjid Jalan Duta ni”.

“owh okey. Sekejap lagi aku sampai”.

Zahra yang sedang binggung dengan tindakan Herman tadi bertambah binggung dengan tingkah laku Herman sekarang.

“Zahra, kita sambung perbincangan kita kejap lagi ekh. Ainol call suruh jemput dia”. Ujar Herman kepada Zahra.

“kenapa dengan abang?”. Soal Zahra yang kebinggungan.

“tayar kereta dia pancit”.

“la yeke”.

“jangan pergi mana-mana tau. Tunggu sampai aku balik”. Sempat lagi Herman menitipkan pesanan kepada Zahra.

“okey bro”.

Langkah kaki Herman tergojoh-gojoh menuju ke arah Mercedes Drabusnya. ‘kalau aku lambat nanti mesti kena ambush dengan Ainol’. Dengan kelajuan yang boleh membawa maut, Herman memecut laju keretanya membelah kesesakan jalan raya. Tidak sampai 5 minit Herman sudah sampai ke tempat Ainol menunggu. Perh, lajunya Herman bawak kereta, boleh mengalahkan Michael Schumacher bawak kereta. Perh, hebat.

“perh, baguslah adik ipar aku ni. Effisien dan cepat”. Ainol segera masuk ke dalam kereta Herman.

“weh, kereta kau tu macam mana?”. Herman pelik dengan tindakan Ainol. ‘gila ke apa? Ada ke kereta letak dekat tepi jalan. Memang cari nahas la kereta tu nak kena curi’.

“alar, biar jelah. Lagipun aku dah lock kereta tu. Jalan jelah bro, nanti aku kena fire dengan Dira la”.

“kau ni takut sangat dengan Dira. Entah pape je”. Rungut Herman.

Belum pun sempat kereta Herman meninggalkan tempat tersebut, telefon bimbit milik Ainol telah berbunyi. ‘Dira My Sayang is calling’.

“hello sayang”. Suara girang Ainol menyapa Dira.

“hello bee. I tak dapat nak keluar la hari ni. I cirit birit”.

“apa? You cirit-birit. Sayang, you ok ke tak ni?”.

“I ok. Tapi harini I tak boleh nak keluar”.

“you jaga diri you baik-baik ekh”.

“ekh bee. I kena pergi dulu la. Nature’s call”. Dira segera memadamkan talian. Perutnya sudah tidak tahan lagi.

Perh, nasib baik Dira sakit perut. Sekarang ni boleh la aku nak pergi betulkan kereta aku.

“bro, aku tak jadi la pergi date. Dira sakit perut. Sekarang ni aku nak kau tolong aku tukarkan tayar kereta aku je”.

“pulak dah. macam-macam la kau ni”. Pening Herman dengan perangai abang iparnya itu.

Sekarang bermulalah acara menukar ganti tayar yang dilakukan oleh dua orang pemuda yang kaya bergaya.

Oleh kerana terlalu lama menunggu Herman, Zahra telah mula berasa bosan. Laptop diambil dan diturn on kan. ‘online lagi baik’. Pekara pertama yang dituju ialah facebook. ‘alamak banyaknya notifications. Baru seminggu tak bukak tapi notifications dah sampai beratus-ratus’. Facebook sekarang dah tak best la. Baik aku layan twitter. Lantas Zahra terus bukak twitternya yang diberi nama ‘Lebah Juling’. Erm, siapa la yang nak main tweet-tweet dengan aku ekh? Penyelesaian terbaik ialah dengan berblogging. Ini merupakan hobby Zahra semenjak sekolah menengah lagi. Nak update blog dengan entry panas-panas la. Baru best. Sedang Zahra sibuk berblogging, tiba-tiba pintunya diketuk dari luar. wajah kakaknya muncul.

“ekh akak, masukla”. Zahra mempelawa kakaknya masuk.

“Zahra, akak ada something nak tanya Zahra la”.

“hurm, apa dia?”.

“best tak kahwin ni?”. Huh, memang soalan maut betul. Takde tapis-tapis.

“hurm, best kot. Lagi best kalau kita saling sayang-menyayangi”. Jawab Zahra jujur. Aku dengan Herman saling sayang-menyayangi? Huh, tak lansung. Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir.

“akak rasa takut pulak nak kahwin”.

“hah, pulah dah”. akak aku ni kan. Buat malu keturunan je nanti. Kad kahwin sudah diedarkan.

“serius, akak rasa Najmi main kayu tiga dengan akak”. Luah kakaknya itu.

“pulak dah. apa kata akak bincang dulu dengan abang Najmi before bagi kata putus ni”. Cadang Zahra.

“hurm, betul jugak tu kan. Anyway, Zahra tengah buat apa?”. Soal kakaknya yang pelik melihat Zahra tekun menghadap laptop.

“Zahra tengah update blog. Nanti jangan la lupa visit blog Zahra dan jangan lupa komen sekali okeyh”. Zahra mengangkat symbol thumbs up kearah kakaknya.

“hish, takde masa aku nak tengok blog entah pape kau tu”.

Tiba-tiba kakaknya ternampak teddy bear pemberian Herman itu.

“Zahra, siapa bagi teddy bear ni. Comelnya. Mesti mahal kan”. Soal kakaknya yang teruja melihat teddy bear sebesar anak gajah tersebut.

“owh, itu Herman bagi”. Ujar Zahra acuh tak acuh.

“untungnya Zahra. Dah la dapat suami handsome dan romantik pulak tu. Pakej serba lengkap”. Puji kakaknya itu.

“romantik la sangat”.

“ekh Zahra ada kad la”. Hulur kakaknya kepada Zahra.

“huh, kad apa tu?”. Zahra terus mencapai kad yang dihulurkan kakaknya itu.

Zahra terus membuka kad tersebut. Hurm, wangi. Manakala kakaknya telah keluar dari biliknya. Kad itu terus dibaca.

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Yang benar, herman

“Bait-bait kata yang sungguh indah. Tapi apa kes cilok lirik lagu mahar cinta. Ingat aku tak tau ke lagu ni”. Ujar Zahra.

Puisi: Hijrah

sempena dengan Maal Hijrah hari Ahad ni, Tenggiling Bergulung nak share dengan anda semua puisi yang dicipta khas oleh Tenggiling Bergulung sempena dengan Maal Hijrah. ini merupakan pengalaman pertama menulis puisi, jadi kalau ada salah dan silap harap dimaafkan la ye.

Hijrah,
Perubahan dari buruk ke baik,
atau sebaliknya.

Hijrah,
Berjayakah kita berubah?
Perubahan yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan,
Bukan sekadar nafsu semata-mata.

Hijrah,
Perubahan positif ke arah ukhrawi,
Bukan sekadar duniawi yang penuh dengan pancaroba
Akhirat sasaran, dunia landasan.

Hijrah,
Memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan yang tulus dan ikhlas,
Ikhlas buat dirimu Ya ALLAH,
Semoga aku berjaya mendapatkannya.

Hijrah,
Aku memerlukan hijrah,
Ya ALLAH, engkau bantulah diriku untuk berhijrah,
Dari baik ke buruk,
Hijrah didalam ibadatku,
Hijrah didalam amalanku,
Hijrah didalam mengapai redha-mu Ya ALLAH

dicipta dengan ditemani kehenginan malam oleh SITI NUR AISYAH ISHAK. 24.11.2011. pada 11.32 malam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...