Friday, November 11, 2011

Kamu, pilot dihatiku- part 1

“Ladies and gentleman, we are now arrive at Kuala Lumpur International Airport. On behalf of Kapten Hazwan, Kapten Faiz, and the rest of cabin crew, we would like to thank you for flying with Malaysia Airlines. We hope to see you again next time. Thank you and have a safe journey”.

Suara gemersik pramugari MAS kedengaran. Sebaik sahaja simbol tali pinggang dipadamkan, para penumpang segera bangun. Masing-masing sudah tidak sabar untuk keluar daripada pesawat. Mungkin diaorang ni sudah tak sabar nak menatap wajah orang-orang yang tersayang atau pun diaorang sudah tak sabar untuk melihat keindahan Malaysia. Whatever. Tapi yang pasti, aku sudah tidak sabar untuk menatap wajah kesayangan ibu dan ayahku. Wajah yang selama ini aku rindui, siang dan malam.

*************************************************************************************

Dengan sebelah tangan sibuk menolak trolley yang sarat dengan beg, dan sebelah tangga lagi sibuk memegang handset, aku dengan secara tidak sengaja telah melanggar orang.

“Hei, kau ni buta ke apa. Lain kali jalan tu pandang lar kiri kanan ni tak main redah je”

Amboi pedasnya aku kena hambur dengan budak lelaki ni.

“Sorry encik, saya tak sengaja”

Aku masih lagi tak memandang wajah itu. Gerun lar. Dengar suara dia pun da buat aku kecut perut inikan nak pandang muka dia. Aku dapat merasakan bahawa adrenalin di dalam diriku menghasilkan secretion dengan begitu banyak sekali

“Kau ni mangkuk segala ayun betul lar”

Amboi, cik abang cantiknya bahasa. Baru empat tahun aku tinggalkan Malaysia, makin ramai pulak rakyat Malaysia yang tak beradab. Come on lar brother, budaya bahasa budaya kita lar. Aku masih lar tunduk menikus tak berani nak pandang muka mamat yang telah aku langgar.Aku pasti ramai yang melihat adengan drama swasta kat KLIA ni. Makin famous lar aku lepas ni, boleh kalahkan Rozita Che Wan. Dengan 0.01% keyakinan yang ada pada diriku, dengan perlahan-lahan ibarat kura-kura mengeluarkan kepala dari cengkerang, aku mengangkat kepala aku melihat mamat tersebut. Mak oi! Kotor habis baju dia. Alamak mati lar aku kali ini.

“darling, what’s happen”?

Hamboi gediknyer. Dah lar pakai baju tak cukup kain, make-up pulak tebalnya. Ni kalau budak kecik tengok, mesti lari lintang pukang sampai tak cukup tanah. Yelar mesti diorang fikir yang perempuan gedik tu Pontianak. Hahaha. Aku gelak dalam hati je lar.

“ni Si Mangkuk Jamban ni langgar I, then kopi I tumpah kena baju I yang ‘mahal’ ni” ujar mamat poyo sambil menunjukkan baju ‘canterburry’ kat awek dia.

Eleh mahal lar sangat.entah ori ke tak. Kalau setakat beli kat uptown, apa kes.

“alar saya bukan nyer sengaja pun, awak hantar je baju awak ni ke dobi then you text me when it ready, I’ll pay for you”

“tak payah nak tunjuk baik. Aku ada berjuta-juta duit. So tak payah lar kau nak bayar untuk aku”

Yolah pak cik riak oi. Setakat berjuta-juta rupee baik tak payah cakap, aku pun ada gak. Lain lar kalau kau tu jutawan pound.

“kalau macam tu, problem solve right”

“yank, dah lar tu. I dah penat lar menunggu you ni” ujar minah gediks overdose

“okey you can leave now. But make sure I don’t see you again” ujar mamat jutawan rupee

“ I’ll make sure you never see me again. For the rest of your life”

Aku apa lagi tolak troli terus cabut. Kerek nyer pasangan tadi. But anyway thanks to the gediks girl, kalau dia tiada, mesti lama lagi drama swasta ni. Rangking pun boleh melonjak naik mengalahkan rangking AF.

Dari jauh aku sudah nampak ibu dan ayahku.

“ibu ayah, rindunya. Dah lama tak jumpa”.

Aku segera menyalam kedua-duanya

“ibu pun rindu kat kamu”

Aku segera memeluk erat ibuku. Dah lama rasanya tak peluk ibuku.

“udah-udah ler tu maknyer, sampai rumah nanti sambung lar lagi”

Ujar ayahku. Aku berjalan beriringan bersama ibuku. ayahku pula menolak troli. Tak patut kan. Tapi sekali sekala, tak pe.

Dalam kereta Mercedes komperasor ABC 123 milik ku ops bukan milik bapaku. Aish kalau nak aku pakai kereta Mercedes kena tunggu lagi 10 tahun lagi lar. Mana tahu ada rezeki kahwin dengan jutawan. Tiba-tiba teringat pulak masa zaman aku kecil-kecil dulu, aku selalu berangan nak kahwin dengan putera raja yang handsome. Ala-ala macam dalam cerita fairy tale tu. Bila diingatkan kembali, kelakar lar pulak. Betapa ceteknya akal aku masa zaman tu. Yelah budak hingusan lar katakan, mana matang lagi.

Mak dengan ayah kat belakang sudah dibuai mimpi. Mungkin mereka penat. Yelah ayah sibuk uruskan bisness, mak pula sibuk dengan persiapan perkahwinan abang dengan kakak. Aku pun berbual sekadar berbasa basi dengan anak Pak Mat ni. Pak Mat merupakan driver kitaorang sejak aku kecil lagi. Isterinya pula, Mak Munah bekerja sebagai pembantu rumah di rumahku. Oleh kerana Pak Mat tak sihat hari ini jadi anaknya, Abang Azri mengambil alih ayahnya. Abang Azri bukan driver ye. Dia hanya membantu ayahnya sahaja. Abang Azri merupakan pelajar ijazah sarjana jurusan undang-undang di University of Canterburry, New Zealand. Jarak umur aku dengan Abang Azri hanya empat tahun sahaja. Aku tak rapat dengan dia ni sebab dulu dia sekolah asrama penuh. Kekok juga aku nak berbual dengan anak Pak Mat ni. Yelah dah lama tak jumpa. Abang azri makin kacak. Mulut ni ringan je nak tanya sama ada dia sudah berpunya ke belum, tapi cover lar. Segan. Nanti dikatakan perigi mencari timba. *************************************************************************************

Sampai je rumah, tempat pertama aku tuju ialah dapur. Perut terasa begitu lapar. Keinginan nak makan masakan Malaysia sudah tak dapat ditahan. Malam itu aku makan dengan begitu berselera dan banyak sekali. Sekali tengok macam pirate yang tersesat tak makan sebulan.

“oit budak, makan slow-slow ler ngok. Makan tu gelojoh sangat. Macam lar dah setahun tak jumpa nasi. Patut lar takde siapa nak kat kau”

Ada gak yang kena pelangkung dengan kuali ni. Abang aku ni mulut takde insurans. Aku pun pelik macam mana lar bakal isteri abang aku ni boleh tersyok dengan abang aku ni. Haiyo.

“suka hati orang lar. Bukannya selalu pun aku dapat makan macam ni”. Aku still tekun menyuap makanan.

“whatever gendut, anyway how’s life? Happy? Misrable?”

“shut up dude, gua nak makan ler”

“mummy, your lovely daughter kata dia suka sangat duduk UK”. Tangan ke dada mata ke atas.

“I didn’t say anything”. Suara aku perlahan. Tanda tak nak gaduh.

“abang, jangan kacau adik. Dia nak makan tu. Kesian anak mak ni. Da lama tak makan masakan Malaysia ye. Tambah lagi. Ambik lauk tu”.

Aku da angkat kening dekat abang aku. Tanda kemenangan berpihak kepada ku.

************************************************************************************* Setelah perut dah kenyang. Aku meminta izin mak dan ayah untuk naik ke atas. Badan sudah terlampau melekit. Kena mandi dulu ni sebelum tidur. Nanti tak syok.

Sebaik sahaja mandi dan menunaikan solat isyak, aku segera baring ke tilam empukku. Ahh terasa nikmatnya. Sebelum kita melangakh lebih jauh, baik aku kenalkan siapa diri aku yang sebenarnya. Korang pun mesti pelik siapa sebenarnya aku ni. Ok ok aku akan menjawab soalan korang tu.

Nama aku Nur Fatimah Az-Zahra. Anak kepada pasangan bahagia dan pemilik kepada syarikat gergasi kat Malaysia, AA Coporation iaitu Dato’ Azman dan Datin Ana Mariam. aku merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Aku ada seorang abang dan kakak. Abangku, Muhd. Ainol Azman, pengurus eksekutif di syarikat kami, pelajar jurusan business dari University of Harvard, US. Kakakku pula, Nur Zulaikha Imani seorang geologist dari University of Ottago. Dan aku pula seorang pelajar perubatan di University of Nottingham. Aku rapat dengan semua abang dan kakak aku. Walaupun kami rapat tapi kami sering juga gaduh-gaduh manja.

Dan yang pasti aku kini mahu ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Hari ini aku nak lepak je dekat rumah. Aku secara officialnya telah menjadi akak aku punya wedding planner. Cuti empat bulan tak buat apa-apa, bosan lar weh, baik aku jadi wedding planner akak aku. Lepas je bersarapan nasi goreng yang perh sedap hingga menjilat jari aku segera keluar untuk membeli barang-barang hantaran. Penat jugak lar nak mencari barang hantaran tu tapi actually lebih kepada pening kepala sebab ada berbagai-bagai jenis.

Lepas je selesai beli barang keperluan untuk hantaran kakak aku. Aku sudah tak sabar nak ubah hantaran. Sedang aku leka menghias hantaran tersebut tiba-tiba, datang abang aku. Dengan tidak diundang tiba-tiba duduk sebelah aku.

“hang ni reti ka buat kerja-kerja cam gini. Dulu seni pun fail”. Aik ayat carik gaduh Nampak

“hang tengok ler dulu hasil kerja cek. Lepas tu baru hang boleh komen na”.

“dah-dah korang berdua jangan nak gaduh. Zahra tolong ibu masak. Abang, kau pulak pergi buat kerja lain, jangan asyik nak cari gaduh je”. Ibu aku ni telinga lintah betul. Selalu dapat tangkap kalau aku ngan abang aku start nak gaduh.

“kenapa ibu masak banyak-banyak ni?” aku pelik gak. Bukannya ramai pun dalam rumah aku ni.

“sebab nak bagi kau makan lar big foot. Tangki kau kan 2.0, ala-ala saiz kereta naza ria gitu. Sebab tu mak masak banyak sebab nanti tak cukup”. Abang aku dah mula buat style Bang Bil, tangan ke dada, mata ke atas.

“kau ni kalau tak bising tak sah ke hah? Kau tu duk menyibuk kat sini apahal. Aku pelik asal kau tak kerja hari ni? Makan gaji buta je ke? Kau fikir tu company bapak kau ke hah!”

“memang company bapak aku pun. Kau apahal hah, hari ni kan sabtu, aku cuti lar mak nenek”.

“whatever”

Aku tahu bila aku gaduh dengan abang aku, aku takkan menang.

“Zahra malam ni kamu pakai cantik-cantik sikit ye. Ibu nak kenalkan kamu dengan kawan ibu”.

“kawan ibu yang mana ekh? Zahra kenal tak dia?”

“alar Aunty Maria, isteri Uncle Lan. Zahra kenal kan”

“huh, kenal lar kot”.

Aku angguk je. Padahal bukannya aku kenal kot. Tapi yang pasti diaorang ada dua biji mata, ada mulut ada hidung.

Tetiba abang aku masuk dapur dan duduk di kerusi. Aku sempat lagi bagi jelingan maut kat dia.

“ibu, apa function ibu suruh mak nenek ni pakai lawa-lawa? Dia ni pakai lar apa pun still dia akan look macam clown. Patut lar takda boyfriend sampai sekarang. Silap-silap hari bulan kau jadi ‘andartu’”.

“hamboi cantiknya bahasa kau gajah”

Abang aku segera angkat punggung apabila melihat aku nak campak terung kat dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...