Selepas selamat majlis menyambut tetamu di belah pihak keluarga Herman, akhirnya hari ini aku akan menjadi penghuni di tempat lain iaitu di rumah yang baru dibeli oleh bapa mertuaku sempena dengan perkahwinan kami. Rumah baruku terletak di Taman Terlalu Indah. Perabot sudah tersedia ada. Aku hanya cuci kaki sahaja.
“itu bilik kau dan ini pula bila aku”. Herman berkata sambil menundingkan jarinya kearah bilikku.
“okie dokie”. Aku menjawab sambil berlalu masuk ke dalam bilik.
“oit tunggu kejap. Aku ada something nak habak kat hang”. Apa lagi la mamat ni nak.
“hang nak apa? Cepat la. Aku penat ni”.
“macam ni. Kalau ada apa-apa kau boleh je terjah masuk bilik aku, sama juga dengan aku. Kalau ada apa-apa aku akan menerjah masuk ke dalam bilik kau. Ok?”.
“ok”. Thumbs up. Aku segera masuk kedalam bilik. Tempat pertama yang ingin dituju iaitu katil.
Sedang aku enak lena dibuai mimpi tiba-tiba aku rasa badan aku digoyangkan. Aduh siapa pulak ni. Ganggu aku nak tido je.baru je nak mimpi Zizan.
“Az! Bangun la wei”. Mak ai. Kuatnya suara mamat ni. Sakit gegendang telinga aku.
“erm. Kau nak apa ni?”. Asal kabut sangat mamat ni. Bom Hiroshima nak meletup ke?
“masak la untuk aku. Aku lapar ni”. Herman mengosok-gosok perutnya yang kempis. Mak ai. Kempisnya perut mengalahkan perut aku pula. Ni yang segan ni.
“kau makan dekat luar takleh ke?”. Ni yang aku malas ni.
“nope. Kau tak nak masuk syurga ekh? Tempat seorang isterikan disisi seorang suami”. Alamak mamat ni dah start berkhutubah la pulak.
“ok-ok. Aku pergi masak untuk kau ekh”. Hati Herman bergembira. Yes, ini baru aku buli sikit je. Nanti ada lagi yang lebih teruk.
Ketika di meja makan, masing-masing diam menghadap makanan. Oleh kerana aku ni tak berapa ‘pro’ dalam masakan. Aku hanya mampu memasak kalian goreng ikan masin, ikan masak kicap dan telur goreng.
“sedap kau masak”. Adakah itu satu pujian atau kritikan?
“see the leg r”. cara aku bercakap ada nada riak disitu.
“mak oi. Besarnya kaki. Macam kaki anak gajah”. Amboi sesedap rasa je mamat ni kenakan aku. Nanti kau.
Herman berkata sambil berlalu membawa pinggan kotornya di singki. Dia hanya meletakkan pinggannya sambil membasuh tangannya tapi ada rasa terbit dihati nak tolong Zahra basuh pinggan pun. Herman kira-kira nak berlalu namun…..
“oit atuk. Tolonglah aku basuh pinggan”.
“kan kerja tu orang perempuan yang patut buat”. Herman ingin membuli Zahra lagi.
“memang la. Tapi kalau dah semua kerja orang perempuan yang buat. Apa kerja orang lelaki pula? Takkan duduk goyang kaki sahaja?”.
“baik la. Aku tolong kau basuh pinggan”. Akhirnya Herman mengalah. Kemenangan berada di pihak Zahra. 1-1. ‘Kau fikir kau boleh buli aku? Over my dead body.’ Bisik hati Zahra.
Sedang sedap-sedap Zahra tengok tv cerita ‘siapa yang tengok memang sengal’ sampai berguling-guling tiba-tiba dengan selamba badaknya Herman menukar kepada rancangan lain iaitu rancangan ‘mari habiskan duit anda’. Terkembang kuncup Zahra menahan perasan amarah didada.
“weh, aku nak tengok cerita tadi”. Zahra dah mula buat mata style puss in boots.
“tak boleh Nur Fatimah Az-Zahra”. Herman berkata sambil tayang muka selamba.
“halar. Kau ni dah banyak sangat ke duit sampai nak tengok rancangan macam tu”. Zahra berkata sambil jejari runcingnya menunjuk kea rah muka pengacara rancang itu iaitu tenggiling comel.
“banyak sangat-sangat”. Ada nada belagak disitu
Zahra dah mula buat muka sedih.
“kau nak tengok cerita entah pape tu ke?”. Herman bertanya ala-ala prince shrek tanya dekat princess Fiona.
“halar pak cik. Nak sangat-sangat.”
“ok boleh. But there’s a deal”.
“ok. Now given me the remote please”. Belum pun sempat Herman nak bagi, Zahra dah rampas dulu. Hamboi, gelojohnya minah ni. Tak sabar-sabar.
“you have to pack my things”. Herman berkata sambil terus berlalu.
“haila. No problem”. Zahra segera mengiakan namun sepatah haram pun dia tak dengar.
Lepas je tengok cerita yang entah pape, Zahra segera masuk kedalam bilik. Nak baca novel kamu, pilot dihatiku karya tenggiling bergulung. Sedang Zahra tengah syok-syok baca novel, tiba-tiba Herman menerjah masuk ke dalam biliknya.
“Az my room. Now”. Setelah memberi arahan, Herman segera berlalu menuju ke biliknya.
‘yayayaya. Whatever. Pak cik kalau tak susahkan orang tak boleh ke?’. Ayat itu hanya mampu keluar dekat kerongkong sahaja.
“kau nak apa ni? Dari tadi tak habis-habis nak menyusahkan aku”. Aku segera duduk dekat birai katil di biliknya.
“ aku ada hal urgent sangat ni”. Apa lagi la masalah mamat ni.
“ada dia?”. Malas betul la aku nak layan mamat ni.
“esok pukul 7 pagi aku kena fly to U.S. I will go for 4 to 5 days”. Asyik-asyik bagi aku US bagi lar aku fly tempat lain pulak. Bosan la macam ni.bisik hati Herman.
“really? Yes!yahoo!”. herman ternyata terkejut dengan reaksi Zahra. Amboi sukanya dia, aku takde.
“hoi. Style macam orang baru menang loteri”. Herman ternyata tak senang dengan reaksi Zahra.
“tapi kan. Aku takut la nak tidur kat rumah ni sorang-sorang”.
“ aku izinkan kau balik rumah kau ataupun kau tidur dekat rumah parents aku”.
“thanx yo”. Happynya aku. Nanti boleh jumpa ibu dan ayah.
“tapi kau nak balik naik apa? Jauh tu dari sini ke rumah parents kau”.
“nanti aku suruh abang jemput”.
“tak payah la. Kau guna je kereta aku tu”. Aik baik pulak mamat ni.
“habis tu kau nak guna apa?”
“nanti ada van datang jemput aku”.
“okey. Thanx”. Esok dapat la aku melaram kereta vioz.
“nanti kau jangan pulak lupa tengokkan mak ngan ayah aku”.
“ok. No problem bro. erk nak aku tolong kau kemaskan beg ke?”. Orang dah buat baik kita kena la buat baik.
“no need. I can do by my own”.
Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Herman telah pun selamat bla dari hidupku. Walaupun hanya untuk beberapa hari sahaja namun impactnya sungguh besar. Aku ibarat orang baru bebas dari penjara. Dengan penuh berhati-hati, aku segera memandu kereta vioz milik si Herman menuju ke rumah orang tuaku. Masakan ibu sudah mula berlegar-legar di ruang fikiran ku.
“assalamualaikum, ibu”. Adab la sampai rumah bagi salam.
“waalaikumsalam. Ekh Zahra bila sampai?”. Ibu segera memelukku.
“baru je sampai”. Aku dah mula start tayang gigi.
“Herman mana. Ni awat yang hang bawak beg besaq bagai ni. Hang gaduh dengan dia ka?”. Aik asal ibu aku cakap loghat kedah. Takkan dah terikut dengan loghat Matlufthi kot.
“relax la ibu. Kitaorang bukannya bergaduh pun. Abang Man kena fly ke US. Zahra takut nak tidur sorang-sorang dekat rumah sebab itu la Zahra balik rumah ibu”. Jelas tergambar kerisauan di muka ibuku. Yelah takut anak dia yang sorang ni buat hal.
“kalau macam tu sejuk hati ibu”.
“ibu masak apa hari ni?”. Soalan tu memang sudah tak sabar-sabar aku nak tanya.
“cendawan masak gulai lemak cilia pi”. Perh. Makanan yang mampu menambahkan tahap kolestrol didalam badanku.
“dah siap masak ka?”. Perh perut aku dah mula menyanyikan lagu keroncong.
“dah siap dah tinggal nak makan je lagi”.
Sedang aku enak menjamu selera masakan ibuku yang sudah lama aku tidak jamah. Walaupun baru hanya lima hari tak makan masakan ibu namun ia ibaratkan macam dah tak makan setahun. Ibuku telah memberitahuku something.
“Zahra, semalam Aizat datang rumah”. Tersedak aku dibuatnya. What abang Aizat datang rumah?
“kenapa dia datang?”. Pelik juga aku kenapa dia datang.
“dia bagi hadiah wedding kamu. Ibu dah letak dekat dalam bilik kamu”.
“ok bu. Sat lagi Zahra pi tengok”.
Dirumah Zahra sedang enak menjamah masakan ibunya namun hal lain pula terjadi kepada Aizat.
“ saya harap encik tabah menghadapi sebarang keputusan”. Jantung Aizat berdegup kencang macam nak ambil result spm pulak.
“apa sahaja jawapannya doctor, saya redha sahaja”. Ayat humble gitu.
“ tahap kanser encik sudah capai tahap keempat. Dimana tahap ini amat berbahaya. Chances encik nak hidup memang tipis”. Hati Aizat bagai dihiris sembilu apabila mendengar pengakuan doctor itu.
Aizat keluar daripada bilik doctor tu dengan muka yang penuh kusut. Menghadapi kematian, siapa yang tak takut. Yelah, ajal maut di tangan tuhan.
Akhirnya, katil empuk ni dapat jua ku daki. Katil yang sungguh empuk ni memang takkan dapat dekat mana-mana. Specially made for Zahra. Ops, terlupa pula nak bukak hadiah perkahwinanku yang diberikan oleh abang Aizat. Walaupun aku terkilan sebab dia tak dapat datang masa majlis wedding aku namun aku redha je la. Wow, sepasang baju kurung berkain kotak-kotak. Memang tepat betul la pilihan Abang Aizat ni. Kena betul dengan citarasa aku. Sedang aku sibuk-sibuk membelek baju kurung itu tiba-tiba terlayang pula sebuah kad yang terselit dekat baju tersebut. Aku segera mencapai kad tersebut dan membacanya.
to Zahra
Selamat Pengantin Baru. Hope you like it.
With love,
Aizat.
Sedang aku leka membelek kad tersebut tiba-tiba handphone aku bergegar menandakan ada mesej masuk. Aku segera menekan butang ‘read’. Mesej itu dihantar oleh abang Aizat. Panjang umur mamat ni, baru je ku seru namamu tiba-tiba je kau dah muncul.
‘Zahra, wanna meet u tomorrow at cafĂ© de malas at 3. C u there’.