Friday, November 11, 2011

Kamu, pilot dihatiku- part 2

Malam yang dinanti-nantikan. Aunty Maria dan Uncle Lan datang bersama dengan anak lelakinya. Nama budak tu aku tak tau. Muka putih berseri tapi taklah putih sangat. Handsome? Hurm aku rasa monyet jiran sebelah rumah aku lagi handsome. Jahatnyer ayat aku. Tapi muka mamat ni macam pernah tengok lar tapi kat mana ye. Alar biar je lar bukannya dia bf aku pun. Buat apa aku nak semak-semak fikiran.

Semua family aku pun ada pada malam tu. Aku sebagai anak bongsu dan yang paling penting, anak yang belum berpasangan kena lar menjadi orang yang paling busy malam tu. Yelar, mungkin untung nasib aku boleh kahwin dengan anak dia. Erk, selisih malaikat empat puluh empat. Hehe.

Ketika semua sedang merasa cup cake buatan khas aku, tiba-tiba Aunty Maria tanya aku.

“Zahra, kamu da habis belajar ke?”

“belum lagi aunty. Tinggal lagi tiga tahun je. Hujung tahun ni habis. Then buat housemanship, dua tahun kat sana”

“owh. Hurm, kamu kan budak pandai, takkan lar takde sape-sape yang special dalam hati kamu kot”.

“takde lar aunty. Mungkin saya still terikut-ikut style zaman sekolah kot. Yelar dulu ibu cakap kalau masih lagi belajar tak boleh couple”. Hebat tak penerangan aku? Boleh kalahkan cikgu beri penerangan dekat anak murid.

“hurm. Cantik lar tu. Herman pun masih single lagi”. Herman tu anak aunty Maria.

Tersedak-sedak Herman dibuatnya. Haha padan muka kau. Ish tak baik betul lar aku ni.

Kakak aku dah bagi signal kat aku supaya masuk dapur. Yelah anak dara tak baik dengar mak bapak bercakap. Manakala abang aku pula membawa Herman ke kolam ikan kami. Parents aku nak bincang hal mustahak dengan parents Si Herman tu. Apa yang penting sangat, entahlar. Tak kuasa aku nak ambil tahu. Layan cupcake yang comel-comel ni lagi best.

Akhirnya, Aunty Maria dan Uncle Lan bersama-sama anak diorang pun balik. Arh, leganya. Sedang aku leka menolong Mak Munah membasuh pinggan di dapur tetiba ibu memanggilku. Cara ibu memanggilku macam ada berita urgent je. Muka pun ala-ala macam orang kehilangan anak kucing je.

“Zahra, betul ke kamu masih lagi takde boyfriend”. Aik soalan yang pelik ni.

“Hurm. Siapa lar yang nak kat Zahra ni bu?”. Ayat aku humble je. Buat-buat sedih ler kononnya.

“Kamu tak teringin nak berkahwin ke?”. Aik, couple pun tidak terus masuk bab kahwin. Yelah couple tu kan haram.

“Kahwin bu? Hurm Zahra muda lagi lar bu. Belajar pun tak habis lagi ni ha. Lagipun kalau Zahra nak kahwin, Zahra nak kahwin dengan pilihan ibu dan ayah je”. Perh ayat aku ni macam ayat anak yang solehah. Memang aku anak yang solehah pun.

“kenapa pulak?” ibu memandangku dengan dahi berkerut. Tak percaya dengan ayat aku ni yang super duper solehah.

“sebab ramai orang cakap kalau kita kahwin dengan pilihan ibu bapa, InsyaALLAH perkahwinan kita akan kekal bahagia kerana perkahwinan itu direstui oleh ibu bapa”. Power tak ayat aku. Ayat ni saja je nak bagi ibu aku bangga sikit.

“bagus anak ibu ni” kata ibuku seraya mengusap kepala ku.

“tengok lar anak sape” kataku sambil angkat kening ku.

“will you be my princess”

“well of course my prince” aw betapa handsome nyer Prince Charming ni.

Sedang Prince Charming memasukkan cincin ke jari manis ku ini. Tetiba aku rasa macam vibrate diikuti dengan suara Alyah yang sedang menyanyi lagu kisah hati. Terus hilang muka Prince Charming aku tadi.

LOL. Mimpi lagi ke rupanya. Tapi asal plak Alyah tak habis nyanyi lagi ni? Lorh handset aku rupanyer. Hah, abang Aizat call? Biar betik. Tanpa berlegah aku segera menekan butang hijau.

“Assalamualaikum” pembuka bicara Abang Aizat. Nak tunjuk baik lar tu, pirahh. Selalunya main terjah je.

“waalaikumsalam”

“sorry ganggu, but I really need your help”

“abang, sekarang ni pukul berapa?”

“baru pukul 3”

“hah, dah tu. Takkan tak reti nak tidur kot or you are a batman. Pagi pasif, malam aktif”

“abang ada problem lar yank”

“kot ye pun problem, tak boleh ke contact esok? Awak tu kan kerja esok”

“tau lar dia penggangur terhormat. Ok abang citer esok tapi Zahra kena jumpa abang kat luar lar ekh. Pukul 1, nanti abang jemput Zahra then kita pergi jalan-jalan, ok.”

“ok, set. But be punctual k.”

“ok sayang”

“bye”

“mimpi gula-gula k”

Erk. Mesti korang fikir yang Abang Aizat tu boyfriend aku kan. Taklah anggapan korang tu salah. Abang Aizat is just my cousin. Abang Aizat merupakan anak tunggal pak long ku. He is 10 years older than me. Handsome, cute, muka ala-ala anak mat salleh.

Pagi tu sebelum keluar dengan Abang Aizat, aku telah menyiapkan satu hantaran akak aku dulu. Sebelum keluar aku telah inform kat ibuku bahawa aku akan keluar dengan Abang Aizat. Takut nanti ibu aku tercari-cari aku pulak.

“ibu, hari ni Zahra nak keluar dengan Abang Aizat ekh”

“ok. Tapi jangan balik lambat sangat ekh”

“ok set bu”

PIN!PIN!

“ok r bu. Tu abang Aizat dah sampai dah. Zahra pi dulu ye” aku segera menyalam tangan ibuku dan mencapai sepasang kasut snekers kegemaranku.

“Hei bang”

“Assalamualaikum” darah segera menyerbu ke mukaku. Malu nyer. Dia ni sengaja je nak kenakan aku kan.

“Waalaikumsalam” jawab aku dalam keadaan malu-malu. Yelah sape tak malu oit kena tegur macam tu.

Kereta Nissan skyline Abang Aizat segera meluncur laju kearah Jalan Duta.

“kita nak pergi mana ni?”

“kita nak pegi Damansara”

“owh ok”

“Zahra” hamboi. Lembutnyer dia panggil aku.

“hurm” rasa kekok pulak bila duduk berdua dengan dia. Yelah dah lama tak jumpa.

“ you know what”

“what?”

“you look gorgeous today”

“erk. Orang biasa je lar”. Aku segera melihat penampilanku. Baju kemeja labuh berkotak-kotak, seluar jeans, tudung labuh hitam dan snekers. Ini dia panggil gorgeous. Pelik-pelik.

“really. You look very cute”

“alar abang pun apa kurangnya. Handsome and cute” Abang Aizat Nampak begitu segak dengan baju Canterburry nya. Abang Aizat ni merupakan peminat fanatik Canterburry.

“abang dah clash dengan dia”

“who?what?”

“kak Azizah ler. She marry with other guy”. Owh patut ler mamat ni tak banyak cakap. Selalunya dia yang banyak mulut mengalahkan murai tercabut ekor.

“then how about you, ok ka or patah hati?”.

“dunno. Jom kita pergi shopping”. Abang Aizat ni kalau tension, the only place he will go is Canterburry shop. Aku rasa mesti pemilik kedai tu dah chop muka abang Aizat ni.

Ketika dalam kedai Canterburry,aku tengok abang Aizat seperti orang nak borong je.

“abang, udah-udah ler tu. Lenguh ler kaki orang nak tunggu abang”.

“ok-ok. Kita balik sekarang yer”.

Yes. Akhirnya mamat ni nak jugak balik rumah. Seriously aku cakap, kaki aku rasa nak tercabut je.

Masa on the way nak balik rumah aku yang terletak di, Baverly Height. Jam teruk lor. Biasa lar kalau dah waktu orang balik kerja. Semua orang rushing nak balik rumah. Akhirnya setelah hamper satu jam terperangkap dalam jam, sampai gak kat rumah aku.

“ok bang. Thanks a lot”.

“ I’m the one who suppose to say thank you. Not you sayang”.

“whatever. Anyway send my regarts to mak long and pak long k”. aku segera masuk ke dalam rumah. Aku segera naik ke atas bilik. Badan dah melekit. Kena mandi ni. Aku pun tak solat asar lagi ni. Mood status: teramat penat.

Malam itu selepas aku selesai menunaikan solat maghrib, aku segera turun ke dapur. Perut aku da berbunyi-bunyi, tanda lapar la. Aku segera bukak tudung saji. Wow. Sedapnya. Ikan masak lemak cili api dan sayur kailan. Yummy.Tanpa melengahkan masa, aku segera makan. Perh, nikmat. Lepas makan apa lagi lepak lar depan tv.

Ketika aku tengah syok tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah kat ruang tamu atas, tiba-tiba ibu memanggilku. Terkejut gak aku, yelah time hantu kak Limah ni muncul tetiba pulak ibu panggil aku. Yang peliknya kenapa semua ada. Macam urgent je. Aku pandang diaorang dengan muka yang blur.

“Zahra, ibu ada something nak tanya kamu ni”. Ibuku pembuka bicara.

“yeah. Apa dia bu?”. Aku pandang diaorang dengan muka yang pelik.

“betul ke kamu takde boyfriend?”

“yelar bu. Berapa kali dah Zahra bagi tau ibu yang Zahra takde boyfriend”

“kalau macam tu. Ibu dan ayah dah capai kata sepakat nak kahwinkan kamu dengan anak Aunty Maria”.

“What?! Why me? Kenapa ibu dan ayah tak paksa abang dengan kakak kahwin dengan pilihan ibu?”. Aku rasa macam nak pitam je time tu. Aku dengan mamat poyo berkahwin. Owh no. Not me, please.

“I’m only 23 bu. Study pun tak habis lagi. Ibu kan tau cita-cita Zahra. I’m not going to marry if there is no DR infront of my name”.

“It just a title. Tak mati pun kalau takde title tu”. Abang aku ni memang suka menyampuk. Kurang asam punye abang. Bukannya nak backup tapi menyokong lagi ada r.

“kenapa abang dengan kakak, ibu dan ayah tak suruh diorang kahwin awal? Dengan pilihan ibu ayah?”

“Ayah tak kira, kamu kena kahwin jugak dengan dia. Minggu depan nikah. Full stop”. Ayah aku berkata sambil terus bla bersama ibuku.

“weh tolong lar aku”. Aku terus pandang abang dan kakak ku.

“kahwin je. ok apa dapat kahwin awal. Senang nak dapat anak”. Cis tak guna betul lar abang aku ni.

“adik, akak nasihatkan adik terima je. Pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik.

“perh dik. Kau langkah bendul lar. Bukan setakat langkah satu tapi dua sekali gus”. Abang aku cakap sambil ketawa terbahak-bahak. Kelakar lar sangat.

“korang cakap senang lar, cuba korang yang kahwin. Perkahwinan adalah satu perjudian”.

Air mata berlawan-lawan mengalir keluar dari mataku.Aku segera masuk ke dalam bilik dan tidur. Aku berharap setelah aku bagun dari tidur nanti perkara ini hanyalah sekadar mimpi fantasi bukan realiti. Tidurku ditemani air mata yang setia mengalir.

Kalau di rumah Zahra, reaksinya yang sedih dan kecewa berbeza pulak dengan Herman. Dia menerima berita itu dengan hati yang terbuka. Dia lansung tak membantah. Mesti ada konspirasi ni. Mukanya sentiasa dengan senyuman. Peliknya asal pulak budak ini tak membantah. Jom kita tengok reaksi Si Herman ni macam mana.

“Man, sini kejap. Mama dan papa nak bagitahu something”.

“apa dia. Mama dengan papa nak alihkan syarikat tu kat Man ke?”. Cis, masuk bakul angkat sendiri r wei.

“kalau kamu nak papa alihkan syarikat dekat kamu, kamu mesti tunaikan satu permintaan kami. Dah lar dulu kamu hancurkan harapan kami, sekarang mahu atau tidak kamu mesti setuju”.

Aik, ayat papa aku ni macam mengugut je.

“apa yang papa nak Man setuju ni?”.

“kahwin dengan Zahra”. Lar kahwin dengan budak tu rupanya. No problem at all.

“ok pa. Man terima Zahra sebagai wife Man”. Parents Man pun pelik dengan tindakan Man. ‘asal budak ni tak membantah?’

Herman begitu happy kerana dengan perkahwinan yang bakal dilansungkan ini. Dengan perkahwinan ini dia bakal mendapat syarikat papanya dan yang paling penting dia tidak akan lagi diganggu Suzzy. Walaupun dia tidak mencintai Zahra namun siapa yang tak mahukan harta.

Dia segera menelefon Suzzy. Suzzy ni girlfriend dia yang paling tak sedar diri.

“hello Suzzy”. Herman segera bercakap apabila talian di sebelah sana diangkat.

“hello sayang. Miss you so much”. Rindu r konon. Padahal rindu duit Si Herman tu je.

“I got good news for me but bad news for you”.

“really honey. What is it?”

“Aku kan berkahwin tak lama lagi”

“what?! Sayang, you kata you sayang I”. habis r sumber kekayaan aku dah nak kahwin ni. Perkara ni patutnya tak boleh jadi ni. Siap lar kalau aku tahu siapa yang berani rampas Herman dari hidup aku.

“got to go. Bye”. Herman segera mengoffkan handsetnyer. ‘Malas aku nak layan minah tak sedar diri tu’bisik hati Herman.

Pagi itu, ketika aku sedang bersarapan dengan ahli keluarga yang lain. Sekali lagi, aku diingatkan kembali dengan perkahwinan terpaksa ku itu. Arh. Tensionnya. Ibu ayah, his not my type. Tolonglah fahami diriku ini. No love for him and no felling at all.

“Zahra hari ni ibu nak kamu jumpa wedding planner kamu tu yer. Perkahwinan kamu tak lama lagi ni”.

“start from today, adik tak perlu tolong kakak lagi ekh. Akak da upah orang, suruh tolong siapkan hantaran kakak”.

“ok”. Aku menjawab lesu. Ibarat orang yang dah sebulan tak makan.

Minggu itu aku amat busy dengan menyiapkan barang-barang untuk wedding aku. Walaupun aku sibuk dengan wedding aku, namun jauh disudut hatiku aku masih mengharapkan bahawa perkahwinan ini dibatalkan.

Malam ini adalah malam segala-galanya. Malam ini aku bakal dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluargaku.

Aku telah siap didandan oleh mak andam. Ramai yang memuji kecantikanku pada malam ini. Sekejap lagi status ku akan bertukar dari seorang ‘cik’ bertukar menjadi seorang ‘puan’. Dari dalam bilik aku boleh mendengar dengan jelas suara tok kadi. Majlis akad nikah ini diadakan di kediaman ku di Baverly Heights. Hanya jasad aku disini, sedangkan roh aku melayang entah ke mana entah.

“Muhammad Herman Akif bin Ruslan, aku nikahkan dikau dengan Nur Fatimah Az-Zahra binti Azman, berwalikan bapanya dengan mas kahwin sebanyak RM80 ringgit tunai”.

“Aku terima nikahnya Nur Fatimah Az-Zahra binti Azman dengan mas kahwin sebanyak RM80 ringgit tunai”.

“sah?”

“sah”

“sah”

Akhirnya dengan sekali lafaz sahaja aku kini menjadi isteri kepada Muhammad Herman Akif bin Ruslan. Air mataku gugur sebaik sahaja mendengar lafaz akad nikah itu. Ramai tetamu ingat aku nangis sebab terharu. Terharu lar sangat. Sebenarnya menangis sebab kenapa pernikahan ni terjadi. Walauapa pun aku redha je.

Sebaik sahaja, Herman selesai menunaikan solat sunat. Upacara pembatalan air sembahyang turut dilakukan. Dia menyarungkan cincin belah rotan kat jari ku. Jari yang mana satu, aku tak tau plak. Aku tak ambil port. Aku segera menyalam dan cium tangan suami ku. Kena la berlakon baik sikit depan orang ramai. Air muka suami kena jaga. Dan dia pulak secara automatik mencium dahi ku. Ayoyo. Boleh pengsan lar aku macam ni. Majlis resepsi akan diadakan malam esok.

Selepas semua tetamu sudah pulang, aku segera masuk ke dalam bilik dan mandi. Kena la mandi awal-awal sebelum mamat tu masuk. Nanti karang lain pulak yang jadi. Aku tak jamin seratus-peratus yang aku boleh selamat.

Ketika aku sedang sembahyang, dia masuk ke dalam bilikku. Ayoyo. Terasa macam lain pulak. Sekarang aku dah ada roommate baru. Roommate aku lelaki dan aku masih lagi tidak mengenali dia. Aku segera menghidupkan laptop acer inspire ku. Aku segera mengupdate blog tenggilingbergulung ku. This will be my first entry setelah aku bergelar isteri secara terpaksa. Sedang aku leka menaip, tiba-tiba pintu toilet tu terbukak, dia dengan selamba badaknya keluar dengan hanya memakai towel. What the %^#@. Dia fikir ni bilik dia ke. Aku segera mengalihkan pandangan ke skrin laptop ku. Takkan lar aku nak pandang dia kot dalam keadaan dia cam gitu. Mau gugur jantung aku di buatnyer.

“kau buat apa tu?”. Dia tanya aku. Muka cam tak puas hati je.

“update blog”

“kau ada blog. Ekh aku lupa kau kan budak kecik mesti lar kau ada blog. Nanti kalau kau kena marah dengan mak kau mesti kau tulis dalam blog kau kan”.

“aku tak tulis, aku type je. Laptop mana boleh guna pen nak tulis, kita kena guna keyboard untuk type”. Nah ambik kau sebijik. Kau fikir aku budak kecil yang senang di buli, ekh sorry sikit.

“apa address blog kau?”

“asal kau sibuk nak tahu?”

“yelah, mana tau kot-kot kau ada citer pasal aku ke”.

“sorry sikit. Takde masa aku nak citer pasal kau ekh.”

Setelah selesai mengupdate blog aku, aku terus shut down laptop aku. Mata aku dah berat sangat ni. Aku pun dengan penuh semangat, landing lar kat atas katil empukku. Arh, syoknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...