Friday, November 11, 2011

Kamu, pilot dihatiku- part 5

Oleh kerana sudah tak sabar-sabar nak berjumpa dengan abang Aizat or in other words nak denda dia sebab tak hadir aku punya wedding reception, aku telah bangun awal. Tapi sebelum aku pergi jumpa abang Aizat, aku kena la mintak izin Herman dulu. Walaupun aku tak suka dia namun dia suami aku. Apa boleh buat.

‘weh, arini aku nak hang out with abg Aizat aw’. Aku segera menghantar butang ‘send’.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Mesej dari Herman. ‘ok’.

Yes. Dia dah izinkan aku keluar dan sekarang nak mintak izin daripada ibu pula.

“ibu, boleh tak hari ini Zahra nak keluar?”. Aku segera buat muka comel.

“keluar dengan siapa?”. Ibu pandang aku dengan pelik. ‘takkan keluar dengan boyfriend kut budak ni’.

“nak keluar dengan abang Aizat la bu”.

“ibu tak kisah tapi kamu kena la tanya Herman. Dia kan suami kamu”.

“Zahra dah tanya dia bu. Dia kata ok je”.

“kalau macam tu pergi la”.

Yes! Yes! Semua bagi greenlight. Aku pun segera masuk ke dalam kereta Vioz milik Herman, yelah aku kan takde kereta lagi. Jadi pinjam je la kereta Herman ni. Aku segera memandu kereta ke café de malas. Nasib baik kereta tak banyak hari ni. Kalau tidak jenuh juga. Café tu dah la ambik masa setengah jam dari rumah aku. Hari ini aku pakai baju kurung cotton polka dots berwarna ungu. Tudung pun warna sama dengan baju kurung. Muka ku disapu bedak dan bibirku dicalit sedikit lip gloss. Hurm, muka aku sungguh comel, ala-ala baby face gitu. Haha. Sangat-sangat perasan. Masuk bakul angkat sendiri.

Dari jauh aku sudah melihat abang Aizat. Muka dia sedikit pucat. Dia nampaknya sedang termenung jauh. Agaknya dia dah sampai ke Canada kot. Macam ni boleh la aku nak kacau dia. Hehe.

“ABANG!!”. Aku segera menyergah abang Aizat.

“AH!!”. Kuat gila suara mamat ni. Boleh pecah eardrum aku.

“hahaha. Kelakar la abang ni”. Oleh kerana suara kami yang kuat ibarat bom meletup, banyak mata yang memandang kami dengan muka yang pelik. Ops sorry ye.

“assalamualaikum”. Alamak, mamat ni perli aku ke apa.

“waalaikumsalam”. Muka aku merah menahan malu. Siapa yang tak malu kena sindir depan-depan. Tapi silap aku juga. Tak beradab. Selamba badak je main redah.

“ Zahra, you know what?”. Hah?? Asal pula mamat ni.

“ what?”. Pelik jugak aku dengan mamat ni.

“you look sweet today.You are the only girl who can make my heart melt”. Wah berbunga-bunga riang hati aku. Di puji sebegitu.

“ehehe. Mana ada orang biasa je la. Abang, thanx for the wedding gift. Like it really much”.

“alar Zahra, small matter je tu”.

“kenapa abang tak datang masa wedding Zahra? Penat tau orang tunggu abang”.

“I thought when you got your Encik abang you don’t need me anymore”. Ayat sangat sedih. Terasa macam nak nangis pulak.

“although, I got my encik abang, it doesn’t mean that I don’t need you. Abang Aizat is Abang Aizat. No one can ever replace him”. Kembang kuncup hidung Aizat dipuji sebegitu.

“abang minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadir wedding Zahra. Abang pening kepala sangat hari tu”. ‘aku pening kepala disebabkan kau sayang. Kenapa kau tidak pernah mengerti hatiku ini?’ bisik hati Aizat yang hancur luluh.

“la, abang dah pi jumpa doktor ke? Muka abang Nampak pucat la”.

“ala abang demam sikit je”. Aku takkan bagi tau kau hal yang sebenar. I can’t bare to see your sad face baby.

“ekh lupa pulak nak ajak Zahra minum. Zahra nak minum apa?”. Aizat lekas menggamit pelayan restoran berkenaan.

“la baru nak ajak ke? Zahra nak orange juice je”.

“makan?”

“nope”

“diet?”. Abang Aizat memandang aku dengan wajah yang pelik. Selalunya minah ni la yang suka makan tapi hari ni dia tak nak makan pulak.

“bukan la. Zahra dah kenyang”. Aku bercakap sambil melemparkan senyuman yang manis buat Abang Aizat. Yela. Senyum itu kan satu sedekah.

“adik, bagi satu orange juice ye”. Abang Aizat segera memberitahu pelayan restoran tersebut.

“makan, bang?”. Soal pelayan restoran yang bertag nama Ilyas.

“takpe itu sahaja ye. Terima kasih”.

Suasana kembali sunyi apabila pelayan restoran itu meninggalkan kami sehinggalah pelayan itu kembali untuk menghantar pesanan yang dipesan. Aku perasan yang dari tadi Abang Aizat ni asyik pandang aku je. Tapi biar jela. Namapun dah abang saudara.

“Zahra”. Panggil abang Aizat dengan suara yang paling ‘sweet’. Macam boyfriend memanggil girlfrendnya.

“yup”. Aku memandangnya dengan kening double jerk.

“your encik abang tak marah ke you keluar?”. Herman nak marah aku? Memang tak lah.

“nope. Dia ok je”. Aku segera minum air orange juice dihadapanku.

“nanti kalau Zahra dah ada baby boy jangan lupa letak nama abang ye”. Tersedak aku mendengar permintaan abang Aizat. Aku ada baby? Huh, kalau dengan Herman jangan harap la yang aku akan ada baby dengan dia.

“Aizat? Hurm yolah bang”. Hahaha. Selama mana pun abang Aizat tunggu baby yang bakal bernama Aizat tidak akan keluar. Harap maklum.

Kami berdua berbual hingga tidak sedar jam sudah berganjak menunjukkan pukul 6petang. Aku segera meminta diri untuk pulang. Yelah, aku nikan isteri orang tak manis kalau ada orang nampak aku berdua dengan Aizat tanpa suamiku disisi walaupun Aizat merupakan abang saudaraku. Yelah, mulut orang siapa yang boleh tutup. Berbual dengan abang Aizat membuatkan aku terlupa akan status ku sebagai isteri orang.

Akhirnya setelah penat bertarung dengan kesesakan jalan raya, sampai juga aku di rumahku yang tercinta. Aku segera mencari sasaran ku iaitu katil. Aku segera menoleh ke meja sebelah katilku untuk melihat jam. Dah pukul 7.15 malam, nasib baik aku sempat solat asar dekat restoran tadi sebelum bertolak. Kalau tidak alamatnya tertinggal la solat asar aku. Sedang aku syok bergolek-golek dia atas katil tiba-tiba aku dengar suaran azan sayup-sayup kedengaran dari surau berhampiran. Aku segera bangun dan mencapai tuala yang tersidai di tepi tandas dan membersihkan diriku. Setelah siap mandi, menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim. Aku segera ingin menapak menuju ke dapur. Perutku sudah mula berkeroncong aimaklum la tadi jual mahal sangat taknak makan, sekarang dah lapar. Padan muka aku. Namun belum pun sempat aku mencapai tombol pintu, telefon bimbitku telah bernyanyi riang menandakan ada pesanan. Aku segera menekan butang ‘read’. Mesej dari abang Aizat.

Abang Aizat:

Dah sampai rumah? Terima kasih sebab suda teman abang keluar. I had such a wonderful day. =)

Aku segera menekan butang ‘reply’ dan membalas mesej abang Aizat.

Zahra:

Alhamdulilah. Dah selamat dah sampai rumah. Zahra pun nak ucapkan terima kasih dekat abang sebab sudi belanja Zahra. =)

Aku segera menekan butang ‘send’ dan segera turun ke dapur. Perut aku dah mogok meminta diisi. Oleh kerana terlalu penat, selepas selesai makan malam dan menunaikan solat Isyak, aku terus tertidur.

Sedang aku seronok dibuai mimpi, tiba-tiba pintu bilik ku diketuk, serentak itu bunyi suara abangku mula kedengaran.

“Adik, cepat buka pintu ni. Ada emergency kes”. Emergancy kes? Tanpa berlengah aku segera membuka pintu dan tersembul muka abang aku dengan muka yang pucat.

“apa yang emergency sangat?”. Aku memandang muka abang aku yang nampaknya cemas semacam.

“nanti abang cerita, kau pergi siap sekarang, kita nak pergi hospital”. Abang aku berkata sambal berlalu masuk kedalam biliknya. Aku tanpa berlengah segera bersiap. Dalam ruang fikiran ku berlegar-legar memikirkan siapa yang sakit.

Abang aku segera membawa kami sekeluarga pergi ke hospital dengan menaiki keretanya. Abang aku ni nak bagi aku masuk wad ke apa? Bawa kereta macam pelesit. Tahu la jalan lengang sekarang ni. Dah pukul 3 pagi. Mesti la jalan lengang. Didalam kereta keadaan sunyi sepi, semuanya senyap. Aku nampak ibu menyekat air matanya yang mengalir. Aku masih lagi bingung. Siapa yang sakit ni? Akhirnya dengan keberanian yang tipis aku akhirnya bersuara.

“Siapa yang sakit sekarang ni?”. Aku dengan keadaan takut-takut bertanya.

“Aizat”. Satu ayat sahaja yang mampu terpancul keluar dari mulut abangku.

Sebaik sahaja mendengar nama tersebut. Aku merasakan bahawa ada cecair hangat mengalir dipipiku. Aku tak mampu bersuara lagi, dalam hati aku berdoa semoga ALLAH S.W.T menyelamatkan abang Aizat. Kakakku mengegam tangganku untuk member sedikit ketabahan buat diriku.Sebaik sahaja sampai di pintu hospital, tanpa berlengah aku segera menuju ke wad yang menempatkan abang Aizat. Dari jauh aku melihat mukanya yang pucat dan badannya berselirat dengan wayar. Abang Aizat berada dalam keadaan nazak. Aku tidak dapat membendung lagi rasa sebak dihati aku terus memeluk kakakku dan meluahkan segalanya.

“Zahra”. Aku segera berpaling menghadap abang Aizat.

“abang”. Aku segera mencapai tangannya dan menangis disitu. Abang Aizat membalas pengangan tanganku.

“abang nak Zahra tahu yang abang cintakan Zahra walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun”. Tanganku segera dicium oleh abang Aizat.

“izinkan abang mencintai Zahra walaupun roh terpisah dari jasad abang”. Lepas je mendengar luahan hati abang Aizat, aku segera keluar. Aku tidak sanggup mendengarnya lagi.

Setelah mengucap, abang Aizat akhirnya kembali ke pangkuan penciptanya. Wajah pak long dan mak long kelihatan begitu sunggul. Satu-satunya anak lelaki mereka telah pergi meninggalkan mereka. Air mataku juga tanpa segan silu turun ke pipi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...