Sepanjang proses memandikan jenazah sehingga la semasa proses pengkebumian, air mata aku tidak dapat disekat lagi. Asyik nak mengalir je. Aku bukan meratapi pemergian jenazah tapi masalahnya aku terkilan kerana arwah Abang Aizat mendiamkan penyakitnya daripada pengetahuan aku. Kisah penyakit yang ditanggung oleh arwah abang Aizat hanya aku ketahui semasa doktor yang mengesahkan punca kematian arwah memberitahu kami. Setelah selesai majlis doa selamat yang dilakukan oleh Mak Long di rumahnya, tiba-tiba aku dipanggil oleh Pak Long dan Mak Long.
“Zahra, mak long nak menyampaikan amanat arwah”. Dada aku mula berombak kencang apabila mendengar ucapan mak long itu.
“Apa dia mak long”. Hatiku sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui apakah wasiat yang diperkatakan itu.
“Ini kunci bilik arwah. Arwah mintak mak long sampaikan dekat kamu. Dan ini ada sepucuk surat yang dititipkan oleh arwah khas buat kamu”. Mak long menyerahkan segugus kunci dan sepucuk surat kepada ku.
Tanpa dapat ditahan perasan yang terbuku dihati, aku segera membuka surat itu.
Kepada Nur Fatimah Az-Zahra,
Maafkan abang kerana tidak memberitahu mengenai penyakit yang ditanggung oleh abang. Abang tahu mesti sekarang Zahra tengah bersedihkan? Jangan bersedih sayang. Walaupun abang tiada disisi namun hati abang sentiasa berada disisi Zahra.
Kunci yang diberikan oleh mak long jangan pandang buat perkasam je. Abang nak Zahra masuk bilik abang dan diatas meja belajar abang terdapat sebuah kotak khas buat Zahra. Jangan lupa baca surat yang telah abang titipkan didalam kotak itu sekali.
Yang sentiasa mendekatimu,
Aizat.
Tanpa melengahkan masa, aku segera memanjat tangga rumah Mak Long. Sampai dihadapan pintu bilik abang Aizat, dengan ucapan Bismillah aku dengan perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Haruman bau perfume Giorgio Armani miliknya semerbak bau dibiliknya. Minyak wangi tumpah ke apa? Bau perfume ini membuatkan aku teringat kepada arwah. Mata aku segera tertacap pada kotak berwarna ungu. Oleh kerana jam telah menginjak ke pukul 12 tengah malam, aku segera mencapai kotak tersebut dan juga perfume arwah. Yelah, kalau teringat dekat arwah boleh bau perfume dia. Terubatlah sedikit kerinduan tu nanti. Sampai ditingkat bawah aku lihat ibu dan ayah sedang berbual bersama pak long dan mak long. Aku segera mendekati mereka.
“Mak long, pak long, Zahra balik dulu ye”.
“dah nak balik dah ke?”. Soal mak long dengan suara yang agak sengau. Maklum la suara orang lepas menangis memang macam itu.
“haah mak long. Kesian tengok mak long dan pak long, mesti penat kan”.
“nampaknya camgitu la. The one and only child had gone forever”. Ada nada sedih disebalik suara pak long.
“ mak long, pak long, kami balik dulu”. Aku segera menyalam dan mencium tangan mak long. Sebelum berpisah aku sempat lagi memeluk mak long sebagai tanda aku menyuruhnya bersabar.
Didalam kereta aku asyik berdoa agar kami cepat sampai kerumah. Walaupun jarak diantara rumah kami dengan rumah mak long hanyalah sekangkang hamster namun ku rasakan perjalanan kali ini mengambil masa yang amat panjang. Sampai sahaja dirumah, aku segera menapak menuju ke bilikku. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, aku segera membuka kotak yang telah diamanatkan oleh arwah abang Aizat. Didalam kotak tersebut terdapat sepasang baju pengantin berwarna putih yang amat cantik dan sebuah kotak berbentuk empat segi berwarna merah kalbu. Penat aku berfikir apakah yang cuba diberitahu oleh arwah. Sedang aku sibuk membelek baju tersebut, tiba-tiba terjatuh satu sampul surat bewarna merah tepat-tepat mengenai kakiku. Aku segera mengutip surat tersebut dan lafaz bismillah, aku membuka surat tersebut. Surat itu adalah surat tulisan tangga arwah abang Aizat.
Kehadapan adindaku yang tercinta,
Disaat Zahra membaca surat ini, mungkin abang telah berada jauh disisi Zahra. Mesti Zahra tertanya-tanya apakah gunanya baju pengantin dan kotak tersebut. Pertama sekali biarlah abang berterus-terang mengenai hati dan perasaan abang yang sebenarnya. Abang sudah tak mampu lagi nak menyimpan perasaan ini dihati abang. Zahra, sebenarnya abang mencintai Zahra. Namun takdir telah menentukan bahawa Zahra bukan tercipta untuk abang. Abang fikir hendak memberitahu Zahra mengenai hati dan perasaan abang. Namun belum sempat abang meluahkannya Zahra terlebih dahulu telah disunting orang. Baju pengantin itu abang beli sebelum Zahra balik Malaysia kerana abang teringin sangat nak tengok Zahra pakai baju itu, bersanding bersama-sama abang. Namun itu hanyalah angan-angan yang tidak mungkin abang kecapi.
Zahra ingat tak masa abang minta Zahra temankan abang jalan-jalan? Kita pergi kedai canterburry. Mungkin Zahra dah lupa tapi abang akan sentiasa ingat waktu dan detik itu. Sepatutnya cincin yang dalam kotak merah itu abang bagi pada masa hari yang kita jumpa tu. Namun oleh kerana perasaan malu, abang tak jadi la nak bagi.
Zahra jadilah isteri yang solehah kepada suamimu. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian berdua. Wajahmu akan sentiasa berada di hati abang. Maafkan abang sekiranya warkah ini menganggu kebahgiaan Zahra.
Yang mencintaimu sepenuh hati,
Aizat.
Sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut, aku mencapai baju tersebut dan membawanya ke dada. Maafkan Zahra abang kerana tidak menyedari cintamu itu. Malam itu aku tidur bertemamkan air mata yang setia mengalir dan baju pengantin pemberian arwah abang Aizat didakapanku.
Sudah empat hari arwah abang Aizat meninggalkan kami dan sudah empat hari juga selera makan aku mati. Bukan setakat selera makan, keadaan aku juga tidak terurus. Kehidupan aku telah bersemadi bersama jasad arwah abang Aizat. Aku lebih selesa berada didalam bilik dan menangis. Ibu dan ayah juga bimbang melihat keadaanku yang diibaratkan mayat hidup. Bermacam cara yang telah diikhtiharkan oleh ibu supaya aku sembuh seperti sedia kala. Aku berkeadaan begini kerana aku amat berasa bersalah kerana tidak sempat menyambut cinta yang dihulurkan oleh arwah. Aku teras bahawa punca kematian arwah adalah disebabkan olehku.
Sedang aku melayan perasaan didalam bilik, tiba-tiba pintu bilikku dikuak dari luar. Aku segera menoleh kearah manusia yang masuk kedalam bilikku itu. Herman, entah mimpi apa dia tiba-tiba je menyemak dekat depan muka aku. Aku memandang dia tanpa sebarang riak.
“kau ok?”. Dengan perasaan yang takut-takut, Herman memulakan perbicaraan. ‘bezanya dia dari hari terakhir aku tinggalkan dia’ bisik hati Herman.
“kau peduli apa!”. Zahra meningking Herman. Buat pertama kalinya Zahra meningking orang.
Gulp. Herman menelan air liurnya. ‘aku tanya dia baik-baik, last-last aku yang kena tengking. Kalau aku tahu baik aku tak datang rumah dia’. Tiba-tiba Herman teringat balik perbualan antara dia dan maknya ketika dia sampai di rumah maknya pagi tadi.
“mana Zahra?”. Soalan pertama yang muncul di mulut Datin Maria ketika Herman datang kerumah ibunya.
“la. Kan Man baru balik dari US. Jadi Zahra dekat rumah mak dia la”. Herman berkata tanpa riak. Yelah, mamat tu kan heartless.
“kamu tahu tak apa yang jadi dekat bini kamu tu?”. Suara Datin Maria kedengaran sedikit meninggi.
“erk tak”. ‘apa yang jadi dekat budak tu ekh sampai dahsyat sangat suara mak aku’ bisik hati Herman.
“ Ya ALLAH Man. Kau langsung tak tahu apa yang jadi?”. Datin Maria sedikit terkejut dengan pengakuan Herman.
“mak, kan Man baru sampai. Jadi Man tak sempat lagi jumpa Zahra”. ‘apasal dengan mak aku ni?’ bisik hati Herman yang teramat blur dengan apa yang berlaku.
“kamu tahu tak yang bini kamu tu dah macam mayat hidup”.
“HAH?!”. ‘asal mayat hidup je, kenapa tak jadi mayat betul-betul” bentak hati Herman.
“dah sekarang ni kamu pergi ke rumah mak mentua kamu”. Datin Maria telah mengeluarkan arahanya.
“kejap lagi la mak. Man nak mandi ni”.
“kamu mandi je dekat rumah mak mentua kamu”.
“kereta Man dekat Zahra la”. Herman cuba mencari helah lain.
“nanti mak suruh Pak Ton hantar kamu”. Ada sahaja jawapan Datin Maria yang telah berjaya membuat Herman diam.
dengan hati yang mendongkol geram Herman bangkit dan menuju ke kereta.
Buk. Hilang segala ingatan Herman terhadap apa yang berlaku dirumahnya tadi. Kini muncul pula perasaan geram.
“woi, kau pukul aku apahal?!”. Herman berada dalam keadaan yang amat geram. Kalau boleh nak je dia sepak Zahra tapi memandang Zahra sekarang ni ‘mayat hidup’ jadi dia abaikan sahaja niat dihatinya.
“kau la, siapa suruh pandang orang macam nak terkam”. Zahra berkata seraya membaringkan tubuhnya diatas tilam yang empuk.
“owh ekh”. Herman berkata sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ‘bila masa pula aku pandang minah senget ni’.
“kau tahu tak aku benci kau”. Pengakuan Zahra membuatkan rahang Herman jatuh ke bawah. Dia seakan-akan terpukau dengan kata-kata Zahra sebentar tadi.
“sebab kau, abang Aizat mati”. Tiba-tiba Zahra menjerit.
“ekh, kau jangan sesedap rasa je nak tuduh aku punca abang Aizat tu mati. Aku lansung takde kena mengena ekh”. Herman cuba ‘memback up’ dirinya.
“sebab kau, abang Aizat tak dapat kahwin dengan aku”. Keadaan Zahra betul-betul macam orang gila. kalau orang gila jumpa Zahra pun mesti diorang akan cakap ‘hye, welcome to the club’.
“kau lupa ke sebab apa kita kahwin!”. Kini giliran Herman pula bercakap dalam nada yang tinggi.
“KAU PEMBUNUH!”. Satu ayat yang keluar dari mulut Zahra yang menyebat Herman teramat bengang.
“DIAM!!!”. Dengan tidak sengaja Herman telah melempang pipi putih mulus milik Zahra. Lempangan yang kuat telah menyebabkan Zahra tersungkur dan tergamam. Pipi yang putih kini telah bertukar merah. Serentak itu juga Herman keluar dari bilik tersebut dan menghempas dengan kuat pintu bilik hingga hampir roboh dibuatnya.
‘abang Aizat, Man lempang Zahra. Sakit’. Bisik hati Zahra. Serentak itu Zahra mencapai baju pengantin yang diberikan oleh arwah abang Aizat dan didakapnya. Akhirnya, Zahra terlena dengan baju pengantin di dalam dakapannya.