Pagi tu sayup-sayup kedengaran suara azan dari surau berhampiran. Aku ingin segera bangun tetapi dihalang oleh tanggan yang melingkari pinggangku. Alamak, mamat ni tidur sebelah aku ke. Gulp. Aku segera menolak tangan Herman dengan kuat sehingga menyebabkan mamat tu terjaga dari tidur.
“dah pukul berapa ni” ujar herman yang tengah mamai.
“dah pukul 5.40am da. Bagun lar sembahyang subuh”
“ok. Weh bagi r aku masuk toilet dulu”. Ujar Herman sambil berlalu masuk toilet
Setelah dia keluar dari toilet, aku segera masuk ke dalam toilet. Aku masih lagi berhutang dengan ALLAH. Aku masih lagi belum menunaikan solat subuh lagi. Terkocoh-kocoh aku dibuatnya.
Setelah selesai hutangku dengan ALLAH. Aku melihat dia sibuk menghadap laptop apple. Aku malas nak ganggu, aku segera mengambil buku medicku dan membuat sedikit revision. Kat luar, masih gelap, yelah baru pukul 6.15 a.m. Ketika aku sedang membaca buku, aku terpandang ke arahnya. Ya ALLAH. Mak oi. Budak ni biar betul dah tua bangka pun masih lagi main game. Kalau main game counter strike ok lagi ni tak, main dinner dash pulak tu. Dulu aku pun sering gak main game dinner dash ni tapi semenjak jadi student medic ni, hobi tu aku lupakan je r.Ketika aku sedang leka melihat dia main game kanak-kanak aku tak perasan yang dia pun pandang aku.
“hoi, asal kau pandang laptop aku hah. Laptop aku mahal ni, kau jangan cuba-cuba nak usik ekh”. Aik, apa kes mamat ni.
“aku tak heran pun. Setakat laptop macam tu aku pun ada gak”.
“Lappy kau tu acer je kot. Aku apple. Hanya orang yang kaya macam aku je yang mampu beli lappy apple ni tau”. Bidas Herman dengan sombong bodohnya.
Cis. Macam lar kau tu kaya sangat. Yang kaya tu mak bapak kau. Kau tu kayap je.
“ alar setakat lappy apple apa kes. Aku lagi kaya tau. Apple tu aku siap kunyah-kunyah dan yang paling penting siap masuk dalam perut aku lagi tau dan melakukan kerja-kerja digestion”.
Nah hambik kau sebijik. Tu r siapa suruh sombong sangat.
‘tak guna siot minah ni, selamba badak dia je kenakan aku’. Bisik Herman di dalam hatinya.
“Can I ask you something, Az?”
Aik mamat ni apa kes. Hujan takde, ribut takde,tetiba panggil aku AZ dah tu nak tanya aku soalan plak tu. Haiyo.
“gapo dio”. Aku angkat kening double jerk. Aku haraplah soalan ni tak susah macam soalan SPM.
“kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?”. Gulp. Herman asal lar kau lembab sangat. Kau tanya soalan tu sape suruh. Nanti karang tak pasal-pasal budak tu fikir lain nanti. Bisik hati herman.
“Erk. Unknown reason. Mungkin sebab aku tak sampai hati nak hampakan harapan parents aku kot. Kau pulak?”
“aku? Sebab aku suka kau. Hahaha. Takda r. biarlah masa yang menentukan. Lambat laun kau akan tahu jugak”. Dia berkata seraya mengenyitkan matanya. Ekh main kenyit-kenyit mata pulak mamat ni. Aku cucuk karang baru tau.
“eleh nak buat ayat sastera pulak dia. Sebenarnyakan aku aim tak nak khawin selagi takde title Dr kat nama aku”.
“eleh kalau setakat ‘dari’ tu nak buat apa letak kat nama kau”. Mamat ni ok ke tidak
“Dr tu stand for ‘doktor’ ye bukan ‘dari’. Apalar kau ni”.
“tu aku tau r. saje je nak test kau. Umur kau berapa?”
“agak-agak?”. Aku dah angkat kening macam Ziana Zain.
“80 tahun”. Dia bercakap tanpa riak. Memang emotionaless betul lar mamat ni. Nasib kau lar Zahra dapat suami yang emotionaless.
“Hoi tak beragak tu. Aku tak lar tua sangat macam kau, atuk. I’m only 23 okay”.
“study kat mana?”.
“University of Notingham, Medic. Under JPA ye”.
“wow. Bini aku budak pandai”. Ada riak bangga disitu.
“kau ni sibuk-sibuk tanya pasal orang apahal. Kau tu umur berapa, study kat mana, amik course apa?”. Aku kena jugak r tanya pasal dia nanti dia kata aku sombong pulak.
“muka aku ada macam budak U lagi ke?”
“kinda”. Aku mula buat muka malas
“I’m a pilot la not a student”. Suami aku pilot, biar betul. Yahoo. Tercapai jugak angan-angan aku masa form 4 iaitu nak kahwin dengan pilot. Ekh entah-entah mamat ni tipu aku kot. Bukannya boleh percaya sangat si Herman ni.
“yeke ni?”
“sumpah lar ngok. Kalau kau tak percaya kau boleh check dengan Malaysia Airlines”. Cara Si Herman ni bercakap bersungguh-sungguh giler.
“erk tak main r sumpah-sumpah. Nanti karang termakan sumpah baru hang tau. Anyway, masa kau study dulu siapa yang sponsor ekh”.
“aku semuanya ditanggung beres oleh MAS ye”.
What? MAS biar betul. Bukan senang ye nak dapat scholarship MAS.
“alar kalau setakat Mak ayah Sponsor a.k.a MAS nak buat apa”.
“ekh hello, aku under Malaysia Airline ye. Result aku sikit punya gempak ekh”.
“gempak lar sangat. Kau citer nak over je memanjang”. Aku berkata sambil mencebik. Menyampah.
“I got 9A1 for SPM ok”.
Time kitaorang SPM, result still guna A1, A2, maklum lar kitaorang kan old school.
Aku rasa rahang aku terus jatuh ke bawah. Hebat lak ai mamat ni. Tapi tak boleh challenge aku, aku 10A1.
“dah-dah. aku tahu aku pandai, tutup mulut kau tu, nanti karang tak pasal-pasal ada lalat yang masuk dalam mulut kau tu”. Herman berkata sambil tangan dia gatal nak menoyoh kepala Si Zahra, namun sepantas kilat tangan Zahra menepis. Style Zahra sebijik macam Ultraman menepis serangan Naruto. Unfortunately, tangan mereka telah terpaut dan mulalah adengan mata bertentang mata. Alahai dalam macam dalam drama lar pulak.
Dalam keadaan mata bertentang mata, jatung berdegup kencang. Dup dap dup dap. Tiba-tiba pintu bilik mereka dirempuh dengan kasar oleh gajah, abang Zahra. Kurang asam punya abang, ada ke patut main redah je bilik orang. Kut ya pun bagi lar salam dahulu. Automatic tangan diaorang terungkai.
“Apa kes kau masuk bilik aku ni?”. Ada riak tak puas hati disitu. Muka Zahra
“ops. Sorry-sorry. Tak sengaja. Tak sangka pulak korang tengah busy ingatkan malam tadi je busy”. Abang aku dah mula ketawa terbahak-bahak. Herman dah buat muka selamba je.
“ibu, ajak korang berdua makan”. Abang aku ketawa sambil merah-merah muka dia.
“ok set. We will be right there”. Herman menjawab bagi pihak aku. Aku dah tak mampu nak jawab, malu sangat-sangat.
Aku dan Herman segera turun ke bawah. Kami buat muka selamba je.
Sampai je dekat meja makan, aku segera duduk di sebelah kakakku, manakala Herman mengambil tempat disebelah abangku. Sedang aku ligat menyenduk mee goring kedalam pingganku tiba-tiba abang aku menegur.
“kak, kau bagun bagi Man duduk sebelah adik”. Abang aku sibuk mengarah kakakku. Style dia tak ubah macam polis trafik.
“ekh. Takpe bang, saya ok je duduk mana-mana pun”. Nasib baik Herman ni jawab.
“abang kan tak baik kalau kita asyik tukar tempat duduk, nanti dapat isteri ramai tau. Abang nak ke Zahra dapat madu?”. Aku segera menjawab. Aku seboleh-bolehnya tak nak duduk sebelah Si Herman ni, nanti mati pulak r selera aku.
“owh ekh. Kalau macam tu untung lar kau Man. Dapat isteri ramai”. Abang aku berkata sambil ketawa terbahak-bahak. Nasib baik tak tersembur mee.
“abang yang kelakar sangat ni?”. Soal ibuku sambil membawa pinggan yang berisi kuih koci. Amboi sedapnya, kalau hari-hari makan macam ni boleh aku jadi gemuk macam ala-ala orang yang dalam iklan eno halia tu.
“takde pape lar bu. Macam lar ibu tak kenal perangai abang yang macam encik cetan”. Abang aku mencebik apabila dengar ayat aku tadi. Haha. Padan muka kau.
“ayah mana bu? Dari tadi tak Nampak?”. Aik,Herman dah mula aktif nampak. Welcome to the group ye.
“ayah kamu tu awal-awal lagi dah pergi hotel. Dia kata dia check dulu. Kamu berdua sat lagi kena pergi ke Hotel Berbintang-bintang ye”.
“ok set”. Kami menjawab serentak.
Selepas bersarapan, aku dan Herman pun bergerak r menuju ke destinasi kami berdua iaitu Hotel Berbintang-Bintang dengan menaiki kereta vioz milik Kapten Herman kita.
“Az, kau tahu tak jalan nak pergi hotel tu?”. Herman bertanya sambil mengaru-garukan kepalanya. Aku rasa mamat ni ada kutu r. tak nak dekat lar macam ni, nanti tak pasal-pasal rambut aku yang cantik ini menjadi rumah kediaman rasmi kutu-kutu si Man tu.
“apa susah, awek ‘garmin’ kan ada”. Awek garmin tu merujuk kepada GPS.
“awek garmin tu apa?” muka Man cemberut semacam. Muka macam budak spm nak jawab paper add math.
“awek garmin tu stand for GPS”. Aik pilot pun tak tau garmin ke. Yelar, pilot kan guna radar je, tak guna GPS.
Setelah penat tawaf KL ni, akhirnya kami sampai juga ke denstinasi iaitu Hotel Berbintang-bintang.
“hah, sampai pun korang akhirnya. Aku fikir korang dah selamat landing kat planet marikh tadi”. Belum pun aku sempat melepaskan penat didada, suara abang aku dah mula memekak-mekak.
“Zahra Man, kamu berdua pergi bersiap dekat bilik ni cepat”. Akakku yang sudah lengkap berpakaian baju kebaya berwarna ungu sedondon dengan abang aku. Amboi cantinya, mengalahkan pengantin pulak. Macam nak gantikan tempat aku je. Kalau nak tolong gantikan apa salahnya. Aku boleh kawtim.
Aku dan Man segera menuju ke bilik 13A. Terkejut beruk aku apabila melihat dekorasi bilik yang dihias indah. Terasa macam puteri raja pulak.
Setelah siap didandan oleh mak andam. Aku dan Man diarak menuju ke dalam dewan hotel. Seluruh ruang dewan itu telah dihias indah menjadi sebuah perkahwinan dalam taman.
Aku telah memakai baju kebaya labuh berwarna ungu sedondon dengan Herman, yang segak memakai baju melayu. Mukaku juga mendapat effect khas daripada mak andam. Ramai yang memuji kecantikanku dan kesegakkan Herman. Diaorang cakap kitaorang ni macam bulan dipagari bintang. Erk, macam salah je peribahasa diaorang tu. Takpe r. not everbody perfect right. Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuk semua tetamu yang hadir begitu juga dengan Herman. Senyuman tu ikhlas tau.
Selepas semua acara selesai, aku segera mencari mak longku.
“mak long, abang aizat tak datang ke?” aku segera bertanya kepada mak long.
“abang aizat kamu adahal katanya”. Betapa hancurnya hatiku apabila dapat tahu yang abang Aizat tak dapat datang pada hari ini.
“takpe r kalau macam tu mak long. Kirim salam Zahra dekat dia ekh”. Aku segera mendapatkan Herman.